Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca setia blog kami sejak dari tahun 2011 lagi. Wah pejam celik pejam celik dah berkurun kami tak mengembara ke mana-mana. Dengan semangat yang tiba-tiba hilang tahun 2020 dulu, alhamdulillah sekarang telah beransur kembali.
Bila start menulis ni, barulah betul-betul semangat tu datang. Benarlah kata orang, kehendak dan perbuatan tu asalnya dari dalaman batiniah kita dan di-output oleh zahiriah. Apa yang di dalam, begitulah diri kita yang di luar.
So apa yang terkini nak update? Pengumuman nak buat comeback ke? Relaks dulu. Kita santai-santai je bercerita di sini. Lagipun istilah comeback tu tidaklah wujud dalam kamus kami. Kembara sentiasa tunjang utama dan minat mendalam.
Anak-anak pun dah besar. Nak ke hulu ke hilir pun dah mudah. Kami pula makin tua dimamah usia. Kata orang nak backpacker macam dulu-dulu tengok keadaan juga. Dah berusia ni, kejap sakit tengkuk, kejap masuk angin, kejap perut kembung, kejap sakit belakang, macam-macamlah. Siapa suruh start travel pada usia yang lambat, kan? Padan muka kami.
Tapi… insyaAllah kami masih lagi diberi kekuatan oleh Allah untuk fit dalam menggalas backpack. Berat 12-14kg masih okay lagi. Asalkan kita pakai Deuter ori. Posture kenalah jaga.
Backpack Deuter yang kami beli pada tahun 2020 untuk kegunaan suami-isteri pun dah lama beli, tapi harey tak pakai-pakai sampai sekarang. Ini yang terakhir kami beli dan akan simpan untuk 10 tahun akan datang sebab harga dah mencanak naik dengan mengarutnya. Konon sebab kenaikan US dollar. Oh ya, bukan kami saja ada. Anak-anak juga turut sama Deuter. Yang sulung 40L, yang bongsu 10L.
Travel ikut jalan darat? Mudah-mudahan masih fit. Masih boleh lagi duduk berjam-jam dalam kenderaan awam. Risau kaki kebas je. Cuma anak-anak saja kami perlu buat semula latihan walaupun yang sulung pernah biasa sebelum ni. Itupun masa usia 4 tahun. Sekarang mungkin dia dah lupa…. tapi minat backpack dia sama kuat dengan mak bapaknya. Cuma anak ke-2 je baru nak ajar kenali gaya backpacking kental, DIY dan jarak jauh.
Perancangan tu banyak sebenarnya. Sejak kebelakangan ni, kami ambil pendekatan merancang secara sendiri je tanpa perlu war-warkan pada sesiapa. Bukan apa, kadang kalau rancak bercerita, last-last tak jadi. Aku rasa ramai orang alami situasi yang sama. Asal bercerita je tak jadi, haha. So, agak-agak kalau dah ready barulah kami buat penceritaan dalam blog ni.
Sebenarnya apa masalah kami sebelum ini? Kembara jangka panjang kategori berkeluarga ni tak lain tak bukan dah tentu bab kewangan. Kami tak buat loan, tak guna kredit kad dan lain-lain sebagai ‘wang belanja’ atau ‘wang topup travel’. Loan dan kad kredit tak salah kalau pandai urus dan ada kerja tetap. Tak macam kami, tiada kerja tetap dan bergantung pada pendapatan dari bisnes online yang tak menentu. Bagi kami, bab kembara ni EPIC JOURNEY. Harus buat yang terbaik dan terpaling puas hati tanpa menyusahkan diri sendiri atau tergadai apa-apa.
Lepas ni nak mula dari mana dan ke mana? Belum putuskan lagi. Kita ikut gerak je. Andai Dia takdirkan mengikut plan kami, kami on. Kalau Dia suruh kami melencong ke lain, kami on juga. Kalau Dia suruh kami pencen dan bercucuk tanam, sob sob… pencen juga lah sebab big boss berkehendak begitu.
Tapi kalau jadi, tak mahu lagi buat macam dulu-dulu jenis kembara terlalu jimat. Sampaikan tempat-tempat menarik yang tiada sebarang entrance fee pun tak masuk. Puncanya nak berjimat dari perlu bayar pengangkutan awam untuk ke situ. Backpacker lah katakan. Aku bagi contoh tempat tu… Hatyai City Municipal Park (Hat Yai) dan Hellfire Pass (Kanchanaburi). Jadi, plan terdahulu (yang sesuai untuk kembara jangka panjang) untuk limitkan US$25 per hari sebagai bajet kembara juga tertolak. Bagi yang baru mengenali dunia backpacker, prinsip seorang backpacker bukanlah cheapskate atau murahan, tapi “the more you save, the further you go”. Berbeza dengan kembara Diva selama 3 hari, dapat cover satu bandar saja kerana kos dah berganda mahal dan pengalaman pun dapat sedikit.
Pace berjalan kami sekarang dah tak sama macam dulu. Kalau dulu sehari 4-5 tempat tarikan boleh cover dalam satu hari, sekarang hanya 2-3 tempat. Pengaruh faktor usia tu ya tapi hanya 20%, selebihnya kerana nak santai-santai, bukan rushing, bukan celup kaki. Sekarang nak penghayatan, nak berfotografi dengan alam dan nak bagi anak-anak happy berjalan tanpa stress.
Insya Allah kami akan update di sini… stay tuned!
Leave a Reply