UPDATE 25 FEB 2024: Kemaskini info bagi 2024.
UPDATE 29 NOV 2018: Dimasukkan peta laluan terkini bagi ETS.
NOTA: Artikel ini ditulis semasa pembelian tiket ETS di KL Sentral pada Disember 2016. Maklumat terkini mungkin sudah berbeza. Aku sarankan korang rujuk KTMB disamping menggunakan maklumat dalam artikel ini sebagai sokongan.
Sebelum kemukakan pertanyaan, diharap korang dapat membaca terlebih dahulu ruangan komen kerana dah banyak soalan telah aku jawab sebelum ni. Dan kalau perlu juga bertanya, diharap soalan yang dikemukakan bukan jenis remeh-temeh. Sambil tu, aku sarankan juga korang ringankan tangan menelefon KTMB di +603-2267 1200 kerana mereka pihak yang lebih mengetahui.
Tambahan 1: Bagi yang mencari cara-cara untuk menaiki tren dari Gemas ke JB atau dari Gemas ke Kelantan, sila rujuk di sini. <— baik korang rujuk sini sebab selain Gemas, boleh juga untuk ETS ke utara dan lain-lain.
Tambahan 2: Pemetaan stesen keretapi KTMB melalui Google Maps. Rujuk di sini.
Mencari panduan beli tiket keretapi thailand? Lihat juga: Panduan Membeli Tiket Keretapi Thailand
**************
Entri untuk Carpackers Pantai Timur belum habis lagi (Kemaskini 12 Feb 2018, dah habis pun). Tapi sementara tu aku nak share dulu info untuk yang pertama kali membeli tiket tren ETS.
Sambil tulis entri ni teringat pula ‘tutorial’ yang aku buat untuk menaiki Tube. Macam sama jer gaya bahasa… π
Nak guna perkataan “keretapi” atau “tren”? Macam tak revelen dah “keretapi” ni sebab dah tak guna api untuk boiling/stim/wap air bagi sistem tujahan. Ok aku guna perkataan “tren”. Sejak tahun 1999, hampir 17 tahun aku dah tak naik tren jenis jarak jauh. Kali terakhir ialah ke Johor Bahru pada usia 22 tahun. Yang kelakarnya, waktu tu aku ingatkan naik tren lebih cepat dari bas. Rupanya, lebih lambat dan makan masa lebih 6 jam sebab akan berhenti lama di setiap stesen yang berada di selatan tanahair. Walaupun lambat, tapi lebih santai. Sangat sesuai bagi orang yang nak ‘menjual’ masa dengan lebih cepat. Tak macam bas, lebih kurang 4 jam jer.
Masa naik tu dalam hati asyik berkata “bilalah nak sampai, bilalah nak sampai…”. Kalau tahu sangap macam tu, aku bawak jer CD player, kan…. (zaman tu portable MP3 player belum ada). Dengan sejuk bagai lagi sampai beku tingkap dan aku plak sehelai sepinggang. Aku pulak penakut nak turun beli makanan ringan risau kena ditinggalkan dek tren, hehehe. Duduk jerlah macam seketul batu. Sebenarnya, aku ke JB sebab urusan kerja. So pergi hari (pagi-pagi) dan balik hari (senja).
Peta terbaru dikemaskini 18 Mei 2020. Gambar pinjam dari laman web KTMB. Tren ETS hanya dari Padang Besar (Perlis) hingga Gemas (N9) sahaja. Klik untuk besarkan.
Hari ni aku berpeluang untuk membeli tiket tren ETS ke utara. Tiket yang dibeli ialah dua orang dewasa dan satu orang kanak-kanak. Aku, Tatie dan Aqif. Ke utara tu ke mana? Bila? Minggu depan. Dekat jer tak jauh. Nantilah balik nanti aku cerita.
Sebelum tu aku nak cerita. Sebenarnya aku agak sedih sebab tak dapat merasai tren KTMB jenis ekspress Senandung Malam atau Senandung Langkawi. Teringin sangat nak rasa naik coach yang ada Sleeper Berth (katil). Sejak wujudnya ETS, KTMB dah lupuskan jadual tren ekspress secara berperingkat bermula dari pertengahan tahun ini. Rugilah aku…. kawan-kawan backpackers yang lain sempat merasa gerabak berkatil. Perkara kedua yang aku sedih kerana ke semua ekspress ni merupakan satu nostalgia bagi seluruh rakyat Malaysia. Macam aku, dah tentu dari kecik-kecik lagi.
Pernah sekali tu seingat aku, waktu usia darjah 6 tahun 1989, aku sekeluarga (kecuali bapak aku) balik kampung menaiki tren KTMB dari stesen lama KTM (Kuala Lumpur) sampailah ke Butterworth, Pulau Pinang. Rasanya mama aku tempah tiket KTM (sebelum diswastakan) kelas ke-3 sebab tingkapnya boleh diturunkan dan kerusinya pula jenis kayu dan hanya ada kusyen kecil di bahagian dada belakang. Jenuh waktu tu aku tak selesa siap mengamuk lagi sebab lambat sangat nak sampai. Ditambah pula adik bongsu aku masih kecik lagi tak reti duduk diam, landasan dan roda yang bising dan lain-lain lagi. Kalau nak jadi backpackers kental haruslah tahan semua tu kan? π
So now, aku akan merasa naik ETS pula minggu depan, insyaAllah. Ini adalah beberapa tips untuk korang yang nak booking tiket ETS.
- Tiket boleh dibeli secara online
di https://intranet.ktmb.com.my/e-ticket/Booking.aspx. (Kemaskini terkini 21 Oktober 2018, laman telah berpindah ke http://www.ktmb.com.my) - Pastikan tarikh departure yang dikehendaki dibeli 7 atau 8 hari sebelumnya. Aku sendiri check hari ke hari selama 2 minggu berturut-turut dan dah dapat baca bila hari yang tiket akan habis sold out.
- Departure dilabel sebagai ‘Origin’ dan Arrival dilabel sebagai ‘Destination’. Dalam website KTMB semasa booking tiket, Origin dan Destination berbeza result. Maksudnya, kalau masukkan Origin sebagai JB Sentral, semua result Destination bagi stesen-stesen di KL takkan muncul, yang ada hanya Gemas saja paling hujung. Kalau Origin dimasukkan Gemas, barulah muncul result Destination stesen-stesen KTMB di KL.
- Kedudukan available seat yang dilihat secara online dengan di kaunter KL Sentral adalah sama. No such thing as “beberapa kuota seat dikhaskan untuk online dan beberapa kuota lagi sengaja ‘disembunyikan’ kerana dikhaskan untuk yang beratur di kaunter”. Sebenarnya sama jer.
Bagi yang tinggal di KL, tiket ETS tidak boleh dibeli di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Akan tetapi, departure/arrival train boleh melalui TBS. Siang tadi aku ke TBS dahulu dan rupa-rupanya tak boleh beli di TBS, kena beli di KL Sentral. Tapi, tiket aku pula sengaja dibeli untuk departure dari TBS.(Kemaskini 25 Feb 2024: Zaman dah 2024, bukan lagi 2017 masa aku tulis post ni dulu. Orang dah pakai app dan booking terus dalam web daaa π)- Dan lagi, bagi yang tinggal di KL, tahukah anda tiket departure contohnya dari TBS ke Padang Besar murah RM3 berbanding dari KL Sentral ke Padang Besar? Saja aku bagi contoh Padang Besar sebab ramai kawan-kawan kaki backpacking di FB aku suka overland ke Thailand. Aku menetap betul-betul di tengah antara KL Sentral dan TBS, so aku pilih departure dari TBS.
- Yang menetap di KL ni mudah sebab ada empat stesen berlepas iaitu KL Sentral, TBS, Kepong Sentral dan Stesen KTM lama Kuala Lumpur. So, cubalah cari tiket departure dari stesen mana yang lebih murah.
Nak beli online atau kaunter? Nak puas dan siap boleh sembang-sembang untuk dapatkan info dah tentu di kaunter kan? Apatah lagi ada antara korang yang kerja di KL, so lunch hour boleh naik LRT seketika ke KL Sentral. Tapi satu masalah pula untuk yang memandu kerana parking di TBS ialah RM3.00 (kurang dari sejam). KL Sentral pulak? Tadi aku parking 1 jam 3 minit kena bayar parking RM8.00!!! Geramnya. So consider beli secara online ok?(Kemaskini 25 Feb 2024: Zaman dah 2024. Orang dah pakai app dan booking terus dalam web daaa π)Tempoh menunggu giliran di kaunter biasanya 15-20 orang selama hampir 1 jam.(Kemaskini 25 Feb 2024: Zaman dah 2024. Orang dah pakai app dan booking terus dalam web daaa π)Nak tahu kedudukan seat mengikut coach? Meh usha gambar di bawah ni sebelum beli tiket, biar puas hati! (semua gambar dipinjam dari laman web www.railtravelstation.com).(Kemaskini 25 Feb 2024: Gambar di bawah ni yang lama. Yang terbaru susah nak dapat info. Rujuk masa booking guna app atau web lebih mudah).
Ada 6 gerabak jerβ¦. Jika korang nak utara, pilih arah “Northbound” dan untuk ke selatan, pilih arah “Southbound”. Kedudukan seat mungkin berbeza sedikit jika kelas menaiki kelas tren ETS jenis lain. Tapi at least korang dah boleh agakβ¦
Lupa nak cerita kenapa aku pilih untuk membeli secara offline (kaunter). Sebelum ni, bila aku check online untuk tarikh 24 atau 25 Disember ni, katanya ada available 8 seat, ada yang available 20 seat dan lain-lain mengikut pada waktu departure. Alih-alih, bila aku cuba nak booking, tak boleh pula. Aku andaikan mungkin yang tak boleh booking online (tapi available) tu umpama kuota yang dikhaskan untuk booking secara kaunter. Sebab tu aku cuba nasib tadi ke kaunter. Sangkaan aku meleset. Apa yang dipaparkan di kaunter sama jer dengan online. Nak tak nak, terpaksa lah beli tiket ETS beberapa hari dari tarikh yang sepatutnya aku nak tempah. No hal, lagipun kerja aku bukan bermajikan, anytime boleh bercuti.
Tren di Malaysia sekarang dah tak macam dulu. Andai kata ekspress senandung masih ada, kalau tak nak naik ETS sebab mungkin agak mahal bagi sesetengah orang, bolehlah beli tiket ekspress senandung. Sekarang ni, ramai kaki backpackers sekarang naik bas ekspress jer sebab lebih murah dari ETS.
Tahukah anda, laluan tren ETS hanya dari Padang Besar (Perlis) hingga Gemas (N9) sahaja. Mungkin anda berminat dengan aktiviti ‘trainpacker’ seperti di bawah ini yang melibatkan semua jenis tren KTMB (hanya untuk Semenanjung Malaysia sahaja):
- Macam mana nak naik dari Gemas ke Johor Bahru pula?
- Atau macam mana nak naik dari selatan paling hujung (Johor Bahru) sampai utara paling hujung (Padang Besar)?
- Atau macam mana dari KL nak ke Tumpat (Kelantan)?
- Atau macam mana dari Johor Bahru nak ke Tumpat pula?
Meh baca link ni dan kemudian cuba-cubalah ‘connect’ kan laluan yang disediakan KTMB.
p/s: Mungkin ada yang tertanya-tanya, selepas kami beli tiket ETS, ke mana pengembaraan kami? Meh layan sini Kembara Anak Beranak Secara Backpacking Ke Thailand Merentas Sehingga ke Laos!
Erol Azanni
Di tbs, kaunter and tempat menuggu ets di bahagian mana ye?
Ashyqqin ya'akob
Soalan yg sama mcm erol azanni
Admin
di tbs takde kaunter tiket dan tak perlu dapatkan sebarang 'boarding pass' di situ, cuma terus proceed ke platform berlepas je… lepas naik train baru ada pengawal dtg punch tiket.utk platform berlepas, semasa di bangunan utama TBS tanyakan pengawal bangunan khas utk train. Bangunan ni campur train LRT, komuter dan ETS…. akan menapak dlm satu koridor jejantas dan terletak di bangunan lain. Koridor ni satu aras dgn tempat jual byk kaunter tiket bas.kemudian masuk ke bhgn palang auto gate, tiket tak boleh masuk dlm auto gate, kena pass pd pengawal di situ. Dan tanyakan pengawal arah utk naik tren ETS (biasanya utk ke utara, lepas auto gate, belok ke kiri dan turun tangga ke bwh).
Noor Fathihah
maksudnya train ktm dan ets laluan yang sama ke?
Admin
p/s: saya dah reply dlm email, saya CC di sini utk rujukan pembaca yg lain ye.
************
Waalaikumsalam Teha. Masa kitorg naik dulu dah lama, 3 tahun lalu (Disember 2016). Tapi rasanya masih sama keadaannya sbb landasan kekal tmpt yg sama. Bangunan utama TBS tiada apa-apa untuk tren, hanya bas je. Dan kena berjalan kaki melalui jejantas yg sgt pjg menuju ke bhgn yg ada tren. Laluan ke platform ETS tu agak tricky sbb takde signboard pun tulis “ETS”.
1. Mula2 berada di level L3. Nampak hujungnya?
https://goo.gl/maps/HvfHBivC4ZMNkXdd7
2. Kemudian, menuju ke pintu di hujung tu. Di pintu tu masuk ke jejantas.
https://goo.gl/maps/1gPTmLAyyc4JHPRp8
3. Menapak hingga ke hujung jejantas di sini dan turun SATU LEVEL je ke bwh:
https://goo.gl/maps/VxtjEA4kr5dWGgYg6
4. Ini pula selepas turun ke bwh dan teruskan di jejantas ke-2 pula:
https://goo.gl/maps/bnPNeZr7ziu9Uzh68
5. Apabila sampai di hujung jejantas ke-2, masuk ke kanan yg ada arrow utk KTM Komuter dan Rapid KL. Teruskan berjalan di lorong kanan (ikut lelaki yg bawak backpack berbaju biru) tu sampai jumlah 7-E:
https://goo.gl/maps/DiPdwKM3BNueyvBE7
6. Masuk ikut palang tiket tu. Tunjuk juga tiket pada guard yg jaga utk pengesahan ke-2 dan tanya adakah di sini tmpt utk naik ETS bagi tambah keyakinan.
https://goo.gl/maps/AiMWep5ocUbdQX5K9Β
7. Ini selepas melepasi palang tiket, akan terdapat dua tangga, satu di kiri dan satu di kanan awak. Ambil yang sebelah kiri utk ke utara dan yg kanan tu utk ke selatan. Pada checkpoint sini, kalau awak zoom, awak boleh nampak route landasannya sama dgn KTM Komuter.
https://goo.gl/maps/MtVC85MSdagZAGxw7
8. Bila dah turun ke bwh, utk pastikan landasan tu benar menuju ke utara dan bukan ke selatan, pastikan di hadapan adalah landasan dan di belakang ada landasan juga (tapi di sebalik pagar dawai) serta kelihatan bangunan utama TBS yg besar. Jika risau, tanya org sekeliling samada menuju ke utara atau tidak. Lebih lega jika penumpang tu cakap menuju ke Ipoh atau Butterworth. Kebiasaannya akan nampak beberapa penumpang yang membawa beg besar. Ini pula gambaran semasa menunggu ETS:
https://goo.gl/maps/cSBsvMYrDx39CRBY9
OK selesai. Jgn lupa … jgn terlepas tren ETS. Kalau tak hangus terus tiket. Elok ETS sampai je terus lompat masuk sbb dia tak berhenti lama (kurang dari 2 minit).
Maklumat ni berdasarkan pengalaman kitorg. Di harap maklumat ni masih tepat. Kalau tak tepat, jgn marah hehe.
Admin
saya copy paste …di tbs takde kaunter tiket dan tak perlu dapatkan sebarang 'boarding pass' di situ, cuma terus proceed ke platform berlepas je… lepas naik train baru ada pengawal dtg punch tiket.utk platform berlepas, semasa di bangunan utama TBS tanyakan pengawal bangunan khas utk train. Bangunan ni campur train LRT, komuter dan ETS…. akan menapak dlm satu koridor jejantas dan terletak di bangunan lain. Koridor ni satu aras dgn tempat jual byk kaunter tiket bas.kemudian masuk ke bhgn palang auto gate, tiket tak boleh masuk dlm auto gate, kena pass pd pengawal di situ. Dan tanyakan pengawal arah utk naik tren ETS (biasanya utk ke utara, lepas auto gate, belok ke kiri dan turun tangga ke bwh).
kamalia suboh
Kat mana lagi yg ada kaunter utk beli tiket ets selain kl sentral?
Admin
Kalau di KL ni, setahu saya kaunter pembelian hanya di KL Sentral shj. Di stesen lama KTMB mgkn boleh tapi saya tak pasti. Atau awak cuba call no ni 03-22671200.
kamalia suboh
This comment has been removed by a blog administrator.
Naqiu Syah
kena reg ke kalau nk beli tiket online? and then brp rega tiket ke padang besar? or better naik bas je kesana utk jimat?
Admin
nak ke hatyai ke? ni saya bagi contoh ke hatyai… ya kena register online. Tiket ETS ke padang besar biasa dlm RM77 kalau dr KL, kemudian dr padang besar nak ke hatyai pula shuttle train THB80 (RM10)…. skrg ni kebykan backpackers prefer naik bas terus dr KL ke hatyai sbb lebih murah lebih kurg RM55-60.
Diana Kuddus
teringin nak naik keretapi bawa anak-anak… π
Admin
cubalah puan.. π
Unknown
Kalau bawak baby kena caj x?maksudnya klu bawak baby tp duk ats riba
Admin
kanak2 bawah usia 4 tahun percuma dan mungkin kena duduk atas riba
adianiez AIDA
tq so much.
sgt membantu.
plan utk naik ets ke pdg besar, bermlm 1 mlm di sana.
tu yg riki-riki info π
Admin
welcome sis π
lynn adlyn
Lepas book e ticket ETS..masa dah sampai ke kl sentral apa perlu dibuat? Perlu ke kaunter ke? Mohon jelas jika tahu..hehe
lynn adlyn
Lepas book e ticket ETS..masa dah sampai ke kl sentral apa perlu dibuat? Perlu ke kaunter ke? Mohon jelas jika tahu..hehe
Admin
This comment has been removed by the author.
Admin
Masa saya beli dulu dkt kaunter, so dapat tiket yg printed… bila sampai ke stesen TBS, tak perlu ke mana2 kaunter, terus ke platform ETS. Nanti kat dalam tren, ada konduktor tren yg akan check tiket. Cuma, saya tak pasti bagaimana kaedah kalau beli secara online, mgkn awak kena print sendiri confirmation tiket dan kertas print tu boleh tunjuk pd konduktor tren.
Humaira
Kalau beli online, tau tak platform utk ets di kl sentral? Dekat mana kena tunggu?
Admin
platform di kl sentral mudah cari, tak sesusah mcm di TBS.
mashieabdul
Kena print hardcopy atau tunjuk tiket dari laman web ets bhg manage booking, kalau screenshot tak boleh.
Cara selamat, sebelum naik pergi kaunter suruh petugas tu printkan, kita tunjuk handphone gambar tiket
mashieabdul
Screenshot gambar tiket tak boleh..
mashieabdul
Sebelah McD
fariza azmi
Klw dh booked ets via online…tp dpt confirmation email dlm bntuk PDF.kena print 1/1 atw bleh je cek in pkai email tnpa print apa2
Admin
tebal ke pdf tu? saya belum pernah dpt jenis yg pdf.. tapi saranan saya, elok print mukasurat yg ada detail penumpang dan tmpt duduk… yg lain2 tu tak perlu.
Nurul Atiqa
Kalau dari sungai buloh ke arau boleh ke?mksd nya sy tk naik dri kl sentral?
Siti Saffiah
kalau sy dari gemas nak ke kl sentral, north ke south yg perlu sy ambil seat?
tau x seat no berapa yg ada meja mengadap?
Admin
ambil north….. kalau ikut susunan dalam gambar, seat yg menghadap ni tiada.
Calliandra emarginata
Salam..
Kalau saya dri pdang besar ke kl sentral berempat boleh sugesst coach dn seat yg dduk mengadap.
Tok Luncai
Saya nk bli tiket ets dari kajang ke hadyai… so saya mmg naik dari kajang,terus ke hadyai ye.. atau ada transit train?
Admin
train ETS hanya berhenti setakat padang besar shj… dari padang besar ada shuttle train ke hatyai dan jadual shuttle ada dua waktu sahaja… tak silapnya jam 10 pagi dan 3 petang.
Admin
boleh rujuk gambar yg saya kepilkan dalam blog ni utk lihat kedudukan seat… setahu saya semua jenis coach ETS tiada duduk menghadap utk 4 org.
Shade Bash
Assalam, kalau berlepas di Terminal KTM Kuala Lumpur, ertinya KL Sentral lah kan? Dan apa prosesnya sebelum boarding?
Haja
Bole sy tahu klau pd tiket tulis kuala lumpur mknanya naik dr mne ye.trs ke kl sentral bole x
Admin
ada check peta laluan yg saya lampirkan dlm artikel ni? kalau belum harap rujuk semula.. penat saya masukkan dlm artikel ni hehe…
biasanya kalau tulis KL tu merujuk pd stesen keretapi KL (bangunan KTMB lama).. bukan KL sentral.
Admin
Wsalam. Tak silap saya, kalau Terminal KTM KL ni dkt bangunan lama Keretapi Tanah Melayu yg berdekatan dgn masjid negara tu. Proses sblm boarding sama iaitu terus masuk ke dalam train dan akan ada konduktor tiket akan dtg dan periksa tiket. Apa2 pun, boleh rujuk kaunter informasi di situ krn setiap stesen dirisaukan berbeza cara check in tiket. Pengalaman saya hanya di terminal TBS shj.
Shade Bash
Baru tadi saya periksa balik, betul lah yang stesen lama tu. Terima kasih sebab membantu!
Admin
welcome sis… jgn lewat jadual tau.. sbb ETS ni sgt laju, kdg2 ada stesen dia berhenti kurg dr 15 saat, ramai dah yg tertinggal di TBS dulu, rugi je tiket lebur mcm tu je.. ada penumpang sebelah saya nak turun di Perak pun terlepas stesen sbb puncanya terlewat 10 saat angkat beg berat.. terpaksa turun di next station…dan utk stesen utama spt KTM dan KL Sentral, mgkn train berhenti lama sedikit (dlm 5 minit).
syaza azyan
This comment has been removed by the author.
Nuralia Atikah Ramly
Saya nak tanya kalau beli online, kite kene pront out ke ticket tu or tunjuk je yang sudah didownload didalam phone tu?
Admin
info dlm blog ni sejak dari dec 2016… yg terkini saya tak pasti sbb dah tak naik ETS sejak dari hari tu.. rasanya utk selamat, elok sediakan print out dan juga yg dah download dlm phone… nanti share pada saya kalau dah naik ETS nanti.
Harapan ST
Klu nak ke sungai petani dri KL sentral kena pilih sourth atau nourth yer? Sbb pening klu lawan arus ni
Admin
kalau nak ke sungai petani dari KL… pilih northbound.
Putera Malam
info yang membantu
Unknown
kalau kita beli on9 kene tukar tiket ke kat ets? ketujuk tiket kita yg kat smartphone je?
Admin
info blog saya tentang ETS ni merujuk pd Disember 2016.. saya rasa skrg mungkin dah berbeza dan saya pun dah lama tak naik ETS.
Admin
terima kasih bro.
faezah zainal
kan..tp sy utk keselesaan anak2 2y dan 4y sy beli tiket kanak2..kebas pehe nak riba 5jam
Unknown
Kalau beli tiket pergi dan balik sekali boleh kan?
Admin
boleh je.
nurfaraain mdnazari
selalunya tiket boleh booking berapa lama sbelum tarikh sebenar?kalau flight lbh kurang 6bln..kalau ets?
Admin
boleh refer artikel ni cik, saya dah explain agak pjg… terima kasih.
Muzammir Coway
laaa da tak ada ka train senandung langkawi yang boleh tidor tu
Admin
tak dak lama dah… yg masih dok ada jenis tidoq… keretapi dari Gemas, N9 ke Tumpat, Kelantan
Ibu Najla
Salam. Sy cadang nak ke taiping dgn anak3 menaiki ets. Tp risau pulak bila baca komen ets sgt cpt.15 saat je. Sy cadang nak bawak stroller menaiki ets. Sesuai tak? Tq
Admin
Boleh puan… nanti dia akan umumkan bila dah dekat nak tiba ke stesen Taiping. Bila umum, cepat2 bergerak ke depan pintu untuk keluar dan jgn leka (sbb layan pemandangan, hehe). Jgn risau, pintunya ada sistem kalau dpt detect ada passanger masih berdiri depan pintu. Dah ramai juga penumpang yg bwk stroller naik ETS dan alhamdulillah semua selamat.Seeloknya, bbrp hari sblm naik ETS, cuba cari peta terkini dalam website KTM dan hafal stesen2 yang akan dia berenti. Simpan dlm phone utk rujukan bila dah naik tren.Bila pintu buka, campak beg dan stroller dulu keluar, dahulukan yg paling berat diikuti paling ringan. Jgn suruh anak2 keluar dulu. Bila kaki puan dah langkah dari pintu baru tarik anak2 kuar sekali. Sbb kalau jadi apa2, biar beg di luar dan yg penting, puan dan anak2 masih sama2 di bhgn dlm tren.
Unknown
Saya dah beli tiket online…mcmana nak print. Msg tak spi kat email. Boleh tak suruh staff kat kaunter print utk kita
Dan
Nk tnya. Kita book ticket ets. Pstu resit dlm phone. Dan nk print dkt mana? Kaunter? Kaunter mana? Kaunter org beratur ramai2 tu? Yg tgh beli ticket ets manual? Ke tak payah print. Tunjuk je ticket yg dlm phone tu. Huhu sad
anynomous
jadinya tren yg ada ada sleeper booth dan kabin tidur kelas 1 utk perjalanan ke utara dan dari utara dah x ade la ye….semua kena naik ets laa
Admin
iye betul.
AINUL MARDHIAH BINTI MOHD HIRUAN
kalau naik di ets tbs nak ke ipoh ada kene tukar train ets ke ? or kita akan mmg duduk dlm ets tu je ?
Razak
Admin lately mcm sunyi jek. Xpe sy tolong reply…….
X perlu tukar train ets….
Duduk aje dlm ets tu.