For English, click here.
Pengenalan
Assalamualaikum para pembaca. Alhamdulillah, pada 28hb Disember 2016 hingga 12 Januari 2017, kami berjaya menamatkan kembara 10 buah bandar di Thailand dan sebuah bandar di Laos. Agak mencabar dan banyak juga rintangan kerana kembara melibatkan anak kecil berusia 3 tahun 10 bulan.
Hampir 6000 gambar dan 125 video berjaya diambil sepanjang kembara. Mak datuk… banyak nya! InsyaAllah aku cuba cut mana-mana yg tak penting, kurangkan gambar selfie dan melebihkan gambar-gambar pemandangan.
Pada 20 Disember, kami membeli tiket tren ETS untuk ke Padang Besar untuk 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Harga tiket dewasa ialah RM77.00 dan RM43.00 bagi kanak-kanak. Awalnya, aku cadang nak beli tiket pada tarikh 25 Disember, malangnya semua dah habis. So sekarang aku dah hafal rentak booking utk tiket ETS, kena beli 6-8 hari sebelum tarikh uols nak kembara, itu je tips nya. Bila dah tak ada tarikh 25 Dis, kami pakat untuk beli pada tarikh 28 Dis. Memandangkan kami jenis bukan kerja bermajikan, senanglah nak terjah mana-mana tarikh sekalipun. Yang penting, perbelanjaan semua dah cukup bagi mulakan kembara.
Booking hotel? Langsung kami tak booking apa-apa walaupun akan terjah 11 bandar di Thailand dan Laos. Sebenarnya saja buat konsep begini. Memang akan ada nasib dapat hotel yang lebih murah dari yang diiklankan di Agoda dan Booking atau sebaliknya. Cuma kepuasan kami ialah dapat memilih hotel yang berkeadaan cantik, elok dan mudah capaian untuk ke mana-mana destinasi.
Aku tukar duit sebanyak RM1508.00 untuk dapatkan THB12,000. Mula-mula tu nak tukar RM1500, lepas tu money changer kata tambah lagi RM8.00 dapat ngam-ngam THB12,000. Sedihnya sebab matawang kita menyusut banyak. Aku tukar di Tesco Extra Cheras. Malas nak tukar di Ampang Park atau Masjid India sebab tolak campur kos minyak sama jer, tak jauh beza.
Ok, ini antara 11 bandar di Thailand dan Laos berjaya kami tempuh:
- Hat Yai (Thailand)
- Prachuap Khiri Khan (Thailand)
- Hua Hin (Thailand)
- Samut Songkhram (Maeklong Railway Market) (Thailand)
- Nakhon Pathom (Thailand)
- Kanchanaburi (Thailand)
- Bangkok (Thailand)
- Lopburi (Thailand)
- Ayutthaya (Thailand)
- Nong Khai (Thailand)
- Vientiane (Laos)
Jika dikira perjalanan dari Kuala Lumpur, menempuh ke 11 bandar di dua negara hingga Vientiane, kemudian dari situ patah balik ke Bangkok dan menaiki kapal terbang pulang semula ke Kuala Lumpur, so jumlah jarak perjalanan ialah 4,713km. Amacam? Bunyi beribu-ribu kilometer macam gempak kan? Bila lagi nak menggempakkan diri….. ๐
Asalnya, cadangan kembara ni merangkumi Thailand (beberapa daerah), Laos (Vientiane, Vang Vieng, Luang Prabang, Phonsavan), Cambodia (Battambang, Siem Reap, Phnom Penh, Kampong Cham) dan Vietnam (HCMC, Mui Ne). Tapi, dek kerana masa yg tak mencukupi, terpaksa batalkan trip ke Cambodia dan Vietnam dan mula berbackpacking bersama isteri dan anak selama 16 hari secara lasak ke Thailand dan Laos sahaja. Mungkin tempat yg tak jadi pergi tu lain kali lah, dan yg penting misi Indochina dilaksanakan juga dan walk the talk, daripada takde langsung kan?
Pengangkutan
Semua pengangkutan dilaksanakan secara overland kecuali perjalanan pulang dengan menaiki kapal terbang dan ini adalah senarai pengangkutan yang kami gunakan:
- Tren ETS
- Tren Thailand (sleeper berth)
- Tren Ordinary Thailand (3rd class)
- Tuktuk jenis lori/kereta
- Tuktuk jenis motorsikal
- Tuktuk jenis kereta beroda tiga
- Motorsikal ala-ala “Ojek” seperti di Jakarta
- Bas awam
- Bot
- Feri
- Teksi biasa
- Basikal
- Monorail – Skytrain
- MRT – Underground train
- Motorsikal bawak sayur (tumpang orang)
- Hitchhiking (tapi tak berjaya)
- Kapal Terbang
Peralatan
Kelengkapan ‘extra’ yang kami bawa dalam backpack (selain yg asas seperti baju, seluar, kain, selipar, toiletries dan lain-lain):
- Sleeping bag
- Mess tin
- Butane Stove
- Butane Gas
- Travel Iron (berat cuma 160gm sahaja)
- Payung (paling ringan kami cari)
- Bicycle Lock (yang paling ringan jenis dawai – kegunaan untuk lock backpack dalam train sleeper berth)
- Tupperware
- Sudu/Garfu
- Airport Cover Bag (untuk kegunaan menyarungkan backpack sekiranya check in baggage. Penting agar tiada tali strap/harness yang terputus kerana mungkin sangkut pada mesin conveyor belt)
- Daypack 20L
- First Aid Kit
- Ubat-ubatan penting
- Thermos
- Pakaian anak
- Pampers
InsyaAllah aku cuba siapkan entri-entri terbaru di sana secepat yang mungkin berserta maklumat-maklumat yang terkini seperti kos, sistem pengangkutan, jenis hotel dan sebagainya. Semua senarai entri aku lampirkan di bawah. Sekiranya ada yang dah boleh klik bermakna entri dah berjaya publish dan selebihnya akan di update dari masa ke semasa.
Update 9 Mei 2020: Alhamdulillah, semua entri blog telah selesai dan lengkap.
Malaysia โ> Thailand โ> Hat Yai
- Kembara Thailand โ Laos: Day 1 โ Perjalanan Bermula, Tren ETS dan Sempadan Malaysia-Thailand
- Kembara Thailand โ Laos: Day 1 โ Part 2 โ Perjalanan ke Hat Yai, Sekitar Bandar Hat Yai dan Lee Garden Plaza.
- Kembara Thailand โ Laos: Day 2 โ Part 1 โ Sekitar Hat Yai dan Wat Hat Yai.
- Kembara Thailand โ Laos: Day 2 โ Part 2 โ Sekolah Rendah Thailand dan Pasar Basah
- Kembara Thailand โ Laos: Day 2 โ Part 3 โ Kim Yong Market dan Ulasan Tentang Park Hotel
Hat Yai โ> Prachuap Khiri Khan
- Kembara Thailand โ Laos: Day 2 โ Part 4 โ Restoran Salma Dan Perjalanan Ke Prachuap Khiri Khan
- Kembara Thailand โ Laos: Day 3 โ Part 1 โ Selamat Pagi Prachuap Khiri Khan
- Kembara Thailand โ Laos: Day 3 โ Part 2 โ Wing 5 dan Pantai Ao Manao
- Kembara Thailand โ Laos: Day 3 โ Part 3 โ Wat Ao Noi di Prachuap Khiri Khan
- Kembara Thailand โ Laos: Day 3 โ Part 4 โ Warung Muslim dan Night Market di Prachuap Khiri Khan
- Kembara Thailand โ Laos: Day 4 โ Part 1 โ City Pillar Shrine Di Prachuap Khiri Khan
- Kembara Thailand โ Laos: Day 4 โ Part 2 โ Khao Chong Kra Chok di Prachuap Khiri Khan
- Kembara Thailand โ Laos: Day 4 โ Part 3 โ Wat Thammikaram Worawihan dan Pulang Semula Ke Guesthouse di Prachuap Khiri Khan
Prachuap Khiri Khan โ> Hua Hin
- Kembara Thailand โ Laos: Day 4 โ Part 4 โ Review Maggie Guesthouse dan Perjalanan ke Hua Hin
- Kembara Thailand โ Laos: Day 4 โ Part 5 โ Hua Hin Here We Come! Tong Mee Hotel dan Night Market
- Kembara Thailand โ Laos: Day 4 โ Part 6 โ Pone Kingpeth Park dan Bluport Shopping Mall di Hua Hin
- Kembara Thailand โ Laos: Day 4 โ Part 7 โ Cicada Night Market di Hua Hin
- Kembara Thailand โ Laos: Day 4 โ Part 8 โ Wat Amparam dan Suatu Yang Tidak Ku Jangka di Hua Hin
- Kembara Thailand โ Laos: Day 5 โ Part 1 โ Review Hotel Tong Mee dan Hua Hin Railway Station
- Kembara Thailand โ Laos: Day 5 โ Part 2 โ Wat Hua Mongkol
- Kembara Thailand โ Laos: Day 5 โ Part 3 โ Wat Khao Takiab
- Kembara Thailand โ Laos: Day 5 โ Part 4 โ Hua Hin Market Village
- Kembara Thailand โ Laos: Day 5 โ Part 5 โ Chatsila Night Market di Hua Hin
Hua Hin โ> Samut Songkhram
- Kembara Thailand โ Laos: Day 6 โ Part 1 โ Selamat Tinggal Hua Hin dan Perjalanan ke Maeklong Railway Market
- Kembara Thailand โ Laos: Day 6 โ Part 2 โ Maeklong Railway Station di Samut Songkhram
Samut Songkhram โ> Nakhon Pathom
Nakhon Pathom โ> Kanchanaburi
- Kembara Thailand โ Laos: Day 6 โ Part 4 โ Perjalanan Ke Kanchanaburi dan Ulasan Tentang Rainbow Guesthouse
- Kembara Thailand โ Laos: Day 6 โ Part 5 โ Kanchanaburi Night Market
- Kembara Thailand โ Laos: Day 7 โ Part 1 โ Suasana Pagi di Rainbow Guesthouse & Landasan Keretapi Maut di Kanchanaburi
- Kembara Thailand โ Laos: Day 7 โ Part 2 โ Bazar Jualan dan JEATH War Museum
- Kembara Thailand โ Laos: Day 7 โ Part 3 โ Restoran Muslim dan Memorial Monument di Kanchanaburi
- Kembara Thailand โ Laos: Day 7 โ Part 4 โ War Cemetery dan Thai-Burma Research Center di Kanchanaburi
Kanchanaburi โ> Bangkok
- Kembara Thailand โ Laos: Day 7 โ Part 5 โ Santai di Rainbow Lodge dan Perjalanan Menuju Ke Bangkok
- Kembara Thailand โ Laos: Day 7 โ Part 6 โ Selamat Datang Ke Bangkok!
- Kembara Thailand โ Laos: Day 7 โ Part 7 โ Pencarian Hotel Murah dan Khao San Road
- Kembara Thailand โ Laos: Day 8 โ Part 1 โ Makan Tengahari di Chakrapong Mosque dan Melawat Coin Museum
- Kembara Thailand โ Laos: Day 8 โ Part 2 โ Mae Phra Thoranee Beep Muay Phom & The Grand Palace, Bangkok
- Kembara Thailand โ Laos: Day 8 โ Part 3 โ Bangkok City Pillar Shrine
- Kembara Thailand โ Laos: Day 8 โ Part 4 โ Ministry of Defence & Royal Thai Survey Department
- Kembara Thailand โ Laos: Day 8 โ Part 5 โ Hello Kitty Bangkok!!
- Kembara Thailand โ Laos: Day 8 โ Part 6 โ Siam Square One & Siam Paragon, Bangkok
- Kembara Thailand โ Laos: Day 8 โ Part 7 โ Siam Center & Siam Discovery
- Kembara Thailand โ Laos: Day 8 โ Part 8 โ MBK Center & Chatuchak Park, Bangkok
- Kembara Thailand โ Laos: Day 8 โ Part 9 โ Underground Train & Soi Rambuttri
- Kembara Thailand โ Laos: Day 9 โ Part 1 โ Restoran Aesah Rotdee & Wat Bowonniwetwiharn Ratchaworawiharn
- Kembara Thailand โ Laos: Day 9 โ Part 2 โ 14 October Memorial & Democracy Monument
- Kembara Thailand โ Laos: Day 9 โ Part 3 โ Wat Ratchanatdaram Woravihara & Pom Mahakan
- Kembara Thailand โ Laos: Day 9 โ Part 4 โ The Golden Mount (Wat Saket)
- Kembara Thailand โ Laos: Day 9 โ Part 5 โ Funarium
- Kembara Thailand โ Laos: Day 9 โ Part 6 โ The Emporium, The Helix Quartier & The EmQuartier
- Kembara Thailand โ Laos: Day 9 โ Part 7 โ Khao San Road & Suzie Walk
Bangkok -> Lopburi:
- Kembara Thailand – Laos: Day 10 – Part 1 – Hua Lamphong Railway Station & Perjalanan ke Lopburi
- Kembara Thailand – Laos: Day 10 – Part 2 – Lopburi Sunflower Field
- Kembara Thailand – Laos: Day 10 – Part 3 – Phra Prang Sam Yot & Phra Kan Shrine
- Kembara Thailand – Laos: Day 10 – Part 4 – Wat Nakhon Kosa & Wat Phra Si Ratana Maha That
Lopburi -> Ayutthaya
- Kembara Thailand – Laos: Day 10 – Part 5 – Perjalanan ke Ayutthaya & Ayutthaya Night Market
- Kembara Thailand – Laos: Day 11 – Part 1 – Atas Bumbung Hotel Saifon & Morning Market
- Kembara Thailand – Laos: Day 11 – Part 2 – Berbasikal Pertama Kali Di Thailand & Melawat Wat Ratchaburana
- Kembara Thailand – Laos: Day 11 – Part 3 – Wat Yannasen & Wat Thammikarat
- Kembara Thailand – Laos: Day 11 – Part 4 – Ayutthaya Historical Park & Wat Maha That
Ayutthaya -> Nong Khai
- Kembara Thailand – Laos: Day 11 – Part 5 – Masjid Ayutthaya & Perjalanan ke Nong Khai
- Kembara Thailand – Laos: Day 12 – Part 1 – Selamat Pagi Nong Khai, Border Crossing & Hello Vientiane!
Nong Khai -> Vientiane (Laos)
Vientiane
- Kembara Thailand โ Laos: Day 13 โ Part 1 โ Vientiane, Lao National Culture Hall & Lao National Museum
- Kembara Thailand โ Laos: Day 13 โ Part 2 โ Satu-satunya Masjid di Vientiane & Wat Inpeng
- Kembara Thailand โ Laos: Day 14 โ Part 1 โ Ulasan Hotel Chindamay
- Kembara Thailand โ Laos: Day 14 โ Part 2 โ Patuxay
Vientiane -> Nong Khai (Thailand)
Bangkok -> Malaysia
- Kembara Thailand โ Laos: Day 15 โ Bangkok Kami Datang Lagi & Hotel Di Lat Krabang
- Kembara Thailand โ Laos: Day 16 โ Berakhir Sudah Pengembaraan Kami & Pulang Ke Tanahair
Tambahan:
- Ringkasan 10 Bandar Utama Di Thailand Yang Kami Lawati
- Ringkasan Peta Perjalanan Overland dari Thailand Hingga Laos
- Ringkasan Perbelanjaan Kembara Overland dari Thailand ke Laos
- Panduan Membeli Tiket Keretapi Thailand
Leave a Reply