Kali terakhir kami renew passport ialah pada tahun 2015 dalam entri lama di sini. Bagi aku, cawangan imigresen Wangsa Maju paling efisien dengan tempoh masa hanya 50 minit (satu passport) dan kedua jatuh pada UTC Keramat dengan tempoh masa 1 jam 45 minit bagi 3 buah passport (sekeluarga). Itu ranking dululah, sekarang mungkin dah berubah.
Lepas dah tamat pada November 2020, kami terus tak renew apa-apa memandangkan pada tahun itulah menjadi-jadi pandemik seluruh dunia yang tidak memungkinkan untuk kami kembali ke arena kembara.
Sebelum aku bercerita log ragam sepanjang proses renew….
Info:
- Mulai awal tahun 2024, walk-in ke pejabat imigresen dibenarkan untuk membuat passport baru atau renew bagi semua golongan.
- Masih boleh buat dalam talian tapi hanya untuk urusan RENEW sahaja di https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport?passportPMA
- Hanya kanak-kanak bawah 12 tahun sahaja tidak dibenarkan untuk renew online (ini sebab kenapa kami memilih untuk walk-in).
- Kanak-kanak perlu ditemani oleh ibu bapa dan penjaga yang sah. Pastikan ibubapa atau penjaga membawa MyKad.
Apa yang perlu disediakan untuk renew passport (walk-in)?
- Mykad yang asal (Mykid tak perlu, tapi saranan aku… bawa sajalah)
- Surat beranak yang asal (bagi kanak-kanak bawah usia 12 tahun)
- Salinan Mykad/Mykid.
- Salinan surat beranak (bagi kanak-kanak bawah usia 12 tahun)
Bayaran Passport
Nota: Passport baru dan renew sama sahaja harganya.
- RM200 – bagi pemohon berusia di antara 13-59 tahun.
- RM100 – bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.
- RM100 – bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas.
- RM100 – pelajar yang sambung belajar ke luar negara (bawah 21 tahun sahaja).
- RM100 – jemaah haji (perlu ada surat tawaran dari Lembaga Tabung Haji).
- OKU – percuma
Pautan imigresen: https://www.imi.gov.my/index.php/perkhidmatan-utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa/
Bermula log kisah semasa di UTC…
Setelah 4 tahun bersidai sebagai ‘pelancong tempatan’, tibalah masa kami renew passport. Kali ini di UTC Pudu dengan tempoh masa 7 jam. Apa? 7 jam baru siap???
Mungkin juga salah kami..
Mungkin kerana orang terlalu ramai..
Mungkin kerana bajet timing bagi app QMS kami masih kekok..
Dari pemerhatian, kami dapati memang pegawai imigresen bagi cawangan UTC Pudu sangat efisien dan urusan semua lancar bagi setiap orang.
Jadi di mana silapnya? Teruskan membaca…
Selepas mengambil anak sekolah jam 1.00pm, balik rumah terus kami lunch dan bersiap untuk ke UTC Pudu dengan menaiki LRT. Jarak stesen dari rumah pun tak jauh dalam 600 meter dan tiba di Plaza Rakyat hampir jam 3.00pm.
Aku yang baru nak cuba app QMS, beranggapan mungkin kena booking apabila tiba di sana atau on the way (kurang dari sejam) sewaktu ke sana. Ditambah pula Januari 2024, kami pernah ke sana untuk renew Mykad ke versi lebih baru. Masa tu, sempat juga aku bertanya pada pegawai imigresen cecara menggunakan app QMS. Aku pun install lah depan dia. Eh, macam sikit je orang yang menunggu di situ. Fikir aku, ini sudah bagus kalau dah tiba masa untuk renew passport. Tak payah menunggu ramai orang! Kononnya…
Tamat kisah renew Mykad pada Januari 2024…
Jadi tiba sahaja di UTC Pudu (juga dikenali sebagai UTC Kuala Lumpur), barulah aku booking queue guna app QMS. Tekan butang banyak kali, gagal. Berkali-kali gagal. Tanya semula di kaunter imigresen. Katanya nombor giliran dah habis untuk hari tu. Haiyo!
Pulang semula ke rumah dengan rasa kecewa. Sambil melangok dalam LRT, aku terfikir kaedah untuk booking esok harinya tepat jam 6.00 pagi kerana waktu tu barulah app QMS buka slot untuk booking.
Esoknya pada 3 Julai, mahu tidak mahu, terpaksa mohon cuti dari guru kelas untuk bawa anak ke UTC. Dengan dua buah phone, aku gunakan untuk booking serentak dalam app kerana kata pegawai, setiap booking hanya boleh serve untuk 2 orang passport (padahal lepas dah renew, satu keluarga pun boleh untuk satu nombor giliran).
Tahukah korang dengan lewat hanya beberapa saat saja di app, nombor giliran kami ialah 99!!!!
Sangkaan kami, sekali dah booking walaupun perlu menanti 99 orang, haruslah berada di sana secepat mungkin kerana dikhuatiri nombornya naik dengan cepat kerana ada lebih dari 10 kaunter.
Jam 6.56 pagi kami dah tiba dan terpacak dalam UTC Pudu. Ramai jugalah yang datang. Nak tunggu sampai 8.00 pagi lama lagi. Kami pun meronda-ronda dalam UTC.
Datang semula ke pintu imigresen. Menunggu sampailah seorang pegawai beri taklimat ringkas:
- Yang booking guna app tak perlu ambil nombor.
- Warga emas boleh terus masuk dalam walaupun tanpa booking dan akan dapat nombor. OKU juga sama.
- Salinan Mykad/Mykid dan surat beranak (kanak-kanak saja) wajib ada (tapi sebenarnya tiada pemberitahuan dalam laman web rasmi Imigresen bahawa perlu ada salinan).
Dah pula kena fotostat. Cash yang aku bawa ngam-ngam untuk masuk tandas satu famili (3-4 round sepanjang 7 jam) dan baki dalam beberapa ringgit. Nasib baiklah ada sebuah kedai photocopy dalam aras yang sama yang boleh terima bayaran QR.
Setel bab salinan….. sekarang bab menunggu giliran…
Dari jam 8.00 pagi, hanya hampir jam 11 pagi barulah nombor kami dipanggil. Empat jam lamanya.
Berkali-kali ke tandas….
Berkali-kali masam muka dan muka ketat…
Berkali-kali aku tengok kau, kau tengok aku…
Berkali-kali anak macam-macam ragam…
Berkali-kali merayau di tingkat bawah Plaza Rakyat sampai dah naik muak.
Berkali-kali cubaan nak lelap yang tak jadi… risau sebab kena tengok anak dan terlepas angka giliran…
Berjuta kali tengok jam…
Disebabkan dua booking, aku pair dgn anak pertama dan isteri pula pair dengan anak kedua. Jarak kami hanya 3 angka giliran.
Proses renew passport tidak berakhir di kaunter pertama. Kaunter bayaran akan memanggil semula untuk membuat bayaran passport. Lebih kurang 1.5 jam kami menunggu. BAYARAN YANG DITERIMA HANYA KAD DEBIT/KREDIT SAHAJA. TUNAI DAN QR TIDAK DITERIMA.
Selepas membat pembayaran, dua jam kemudian barulah masuk ke proses terakhir iaitu dipanggil menuju ke kaunter untuk penerimaan passport baru. Di situ, mereka akan meminta kita memeriksa dan mengesahkan butiran atas passport jika terdapat salah ejaan.
Kemudian berbanggalah korang dah dapat passport baru. HOOREEYY!!
Jadi, ke mana kita lepas ni? Insya Allah kami akan update nanti. Mungkin destinasi dekat-dekat atau jauh atau mungkin lebih jauh lagi.
Masalah penggunaan app QMS
App secara keseluruhannya tiada sebarang masalah. Walaupun aku pernah buat app sendiri untuk iOS, tapi masalah ni pada pendapat aku tiada siapa boleh elakkan. Begini senarionya:
Kelambatan atau kecepatan angka giliran – Merujuk pada senario aku booking pada jam 6.00 pagi, akhirnya kami dapat angka giliran ke 99. Selesai satu hal. Kemudian, bolehkah kami dapat mengagak waktu bila angka giliran kami akan naik? Sudah tentu tak boleh walaupun app tertera pergerakan nombor terkini dalam waktu nyata (real time).
Kalau korang jadi kami, adakah akan bertolak ke UTC pada jam 7.00 pagi atau 10.00 pagi? Di situlah berlakunya waktu menunggu yang tak dapat dielakkan. Mahu atau tidak, akan ke sana lebih awal kerana risau nombor naik tapi tak muncul di sana. Itulah penyebab kenapa passport kami siap selepas 7 jam menunggu. Dan kebiasaan orang akan ke sana lebih awal kerana passport bukan selalu di renew dan banyak perubahan pada sistem yang berlaku dalam tempoh 5 tahun ke belakang.
Pautan berkenaan app QMS: https://www.imi.gov.my/index.php/pengumuman/pelaksanaan-aplikasi-qms-melalui-aplikasi-telefon-mudah-alih/
Nak renew passport? Tunggu! Ikuti saranan kami….
Sebenarnya, passport boleh dibuat di mana-mana negeri yang mempunyai cawangan Jabatan Imigresen Malaysia. Tidak semestinya alamat korang bermastautin, di negeri itu juga perlu buat.
Rujuk pada link tentang QMS di atas dan buka Google Maps. Masukkan carian imigresen di mana-mana negeri. Masih banyak lagi yang tak gunakan QMS dan juga kurang sesak, tak seperti di bandaraya besar. Jika ada, pastikan cawangan tersebut tiada dalam senarai QMS. Aku lebih suka yang tanpa QMS macam dulu-dulu. Lebih pantas dan mudah.
Mungkin korang ada hajat nak ke Terengganu contohnya. Alang-alang tu pergilah terjah mana-mana cawangan yang tak guna QMS.
Jap jap. Tunggu! Ada lagi..
Sebaik saja kami renew passport pada 3 Julai 2024, tiba-tiba kerajaan umumkan akan mempercepatkan perlaksanaan bagi membenarkan passport dibuat sehingga 10 tahun. Adui ruginya kami terbuat awal. Ikutkan hati, renew 10 tahun lebih bagus. Apa kata korang tunggu dulu pengumuman dari kerajaan.
Leave a Reply