Kos keseluruhan bagi kembara Thailand-Laos ini aku pecahkan pada setiap daerah atau bandar yang kami lawati dan juga hanya kos seperti pengangkutan dan hotel sahaja yang terlibat. Kos perbelanjaan bagi makan/minum, membeli-belah serta kecemasan tidak termasuk.
Oh ya, kos adalah untuk seorang individu dewasa sahaja dan bukan untuk keseluruhan keluarga.
Nota 1: Tukaran berdasarkan matawang semasa bertarikh: 6 Oktober 2020
Nota 2: Yang dilabel “anggaran” adalah kerana aku dah terlupa harga atau kos yang tepat.
Nota 3: Kos adalah berdasarkan tarikh kembara 28 Disember 2016 hingga 12 Januari 2017. Harga mungkin berubah pada tahun 2020 ini namun keadaan tempat tarikan masih tetap sama untuk dijadikan rujukan.
KL ke Padang Besar
Jumlah = RM77.00
Padang Besar ke Hat Yai
Jumlah = RM9.30
Hat Yai
Jumlah = RM219.35
*Simkad berserta data 1Gb selama 7 hari.
**Hotel dengan 2 katil single.
***THB150 untuk tuktuk tu sangat mahal kerana perjalanan hanya 2km.
****Jarak perjalanan Hat Yai ke Prachuap Khiri Khan ialah 650km.
Prachuap Khiri Khan
Jumlah = RM130.05
Hua Hin
Jumlah = RM220.80
*Sepatutnya berhenti di Petchaburi tapi kami berhenti di satu stesen sebelumnya iaitu Pak Tho kerana lebih dekat ke Mae Klong Railway Market.
Pak Tho dan Mae Klong Railway Market
Jumlah: RM13.25
Nakhon Pathom
Jumlah = RM8.00
Kanchanaburi
Jumlah = RM94.20
Bangkok
Jumlah = RM264.10
*Tuktuk dari Thon Buri Railway Station ke Prannok Pier terlalu mahal kerana jarak hanya 1.2km.
Lopburi
Jumlah = RM73
Ayutthaya
Jumlah = RM216.55
Nong Khai
Jumlah = RM116.50
Vientiane, Laos
Jumlah = RM137.65
Nong Khai
Jumlah = RM13.25
Bangkok
Jumlah = RM361.90
Jumlah Keseluruhan (per dewasa): RM1954.90
Kesimpulan
- Jumlah perbelanjaan RM1,954.90 adalah untuk seorang dewasa sahaja selama 16 hari di dua buah negara, tidak termasuk makan, minum dan membeli-belah.
- Aku merasakan ada beberapa kos tertentu yang hampir sama dengan di Malaysia atau sedikit tinggi (10-20%). Tapi, jika kerana matawang tinggi yang mana dahulunya THB100 bersamaan RM10, apakah tambang tuktuk THB150 (RM15 mengikut tukaran dulu) murah bagi perjalanan yang hanya sejauh 2km? Bagi aku tidak..
- Perbelanjaan makan dan minum di sana lebih kurang sahaja seperti di Malaysia.
- Tiket underground train dan BTS mereka di Bangkok, lebih mahal dari di KL.
- Antara Thailand dan Laos, hanya di Laos sahaja yang kami kena scam.
- Perbelanjaan di Laos sangat murah (kecuali restoran Muslim).
- Kebanyakan restoran Muslim baik di Thailand atau Laos sangat mahal, kecuali yang terdapat di night market atau warung tepi jalan.
- Semasa kami ke sini merupakan cuti tahun baru 2017. Jadi, harga hotel agak mahal. Jangkaan kami bagi harga yang telah dibayar contohnya RM60/malam, mungkin hanya RM40, tapi meleset.
Penambahbaikan bagi yang ingin travel solo ke sana
- Kami menginap di hotel kerana berkeluarga. Jika korang solo traveler, carilah hostel/dorm yang murah di antara RM15-25/malam.
- Ada kos pengangkutan yang tidak perlu contohnya jarak di antara 1 hingga 3km kerana solo traveler lebih kuat berbanding berjalan bersama keluarga dan anak-anak kecil.
Akhir kata….
Ini adalah entri terakhir bagi kembara Thailand-Laos. Moga pembaca terhibur dan bermanfaat dengan coretan kami anak beranak selama 16 hari di sana merangkumi 11 buah bandar/daerah. Kenangan kembara ini sangat indah bagi kami dan juga berbangga kerana inilah satu-satunya kembara beg galas secara lasak sekeluarga julung kali diadakan dengan sempurna. Lagipun, selepas pulang ke Malaysia pada Januari 2017, kami tidak lagi ke luar negara kerana urusan perniagaan (sepanjang 2017), isteri pula mengandung (2017-2018), melahirkan pula anak ke-2 (2018), membesarkan anak sehingga imunisasi kuat (2019) dan terbantut kerana masalah Covid-19 sepanjang tahun 2020. Macam mana aku tak kata “paling ulung”, betul tak?
Dengan ini catatan kembara Thailand-Laos berakhir dan lengkap dengan rasminya…. Alhamdulillah.
Lihat juga:
- Pra Kembara Thailand-Laos
- Ringkasan Peta Perjalanan Overland dari Thailand Hingga Laos
- Ringkasan 10 Bandar Utama Di Thailand Yang Kami Lawati
- Panduan Membeli Tiket Keretapi Thailand
Leave a Reply