Kalau kita pernah pergi ke Bandung atau Jakarta, ianya terletak di sebelah Jawa Barat. Surabaya pula terletak di sebelah Jawa Timur. Di bawah ini adalah sedikit lakaran peta tentang Jawa bagi memberi korang gambaran ringkas:
Melalui gambaran peta di atas, so korang dapatlah melihat kedudukan di antara Jakarta, Bandung dan Surabaya. Jawa Barat dan Jawa Timur mempunyai keunikannya yang tersendiri. Surabaya merupakan kota terbesar kedua di Indonesia selepas Jakarta. Surabaya dikatakan konon berasal dari cerita mitos pertempuran antara sura (ikan yu) dan baya (buaya) dan akhirnya menjadi kota Surabaya. Kalau korang pernah belajar sejarah masa di sekolah menengah tentang kerajaan Majapahit, di sinilah terletaknya pusat pemerintahannya. Saya mendapat tahu dari pemandu bas pelancong yang mengatakan di Surabaya lah tempat permulaan, perbincangan dan penyusunan strategi bagi melawan pihak Belanda dan mencapai kemerdekaan Indonesia. Dalam banyak2 kota atau negeri di Indonesia, saya dapati rakyat Surabaya antara yang paling berani ke hadapan. Mereka seolah2 mempunyai pendirian sendiri. Seperti yang kita lihat berlakunya demonstrasi dan sebagainya di Jakarta, Surabaya pula dilihat tidak memihak atau tidak masuk campur dalam aktiviti yang berlaku di Jakarta. Mereka adalah mereka dengan cara tersendiri. Tambahan pula, sebahagian penduduk Surabaya juga merupakan mereka yang berasal dari Pulau Madura yang majoritinya beragama Islam dan kuat berpegang pada ajaran Islam.
Ok, saya telah ke Surabaya pada Oktober 2008. Tiket penerbangan Airasia selalunya di antara RM300-RM450 bergantung pada waktu promosi yang diadakan. Tiketnya sedikit mahal kerana Surabaya terletak agak jauh dari Jakarta dan Bandung yang terletak di Jawa Barat. Penerbangannya mengambil masa hampir 3 jam.
Citer pasal Surabaya ni, ada sedikit yang kelakar waktu mula2 saya nak ke sana. Awalnya saya berfikir yang mungkin suhu dan cuacanya sama sejuk macam Bandung. Adeh, saya tersalah duga rupanya. Cuaca sama je macam dekat Malaysia, tapi sedikit panas. Kiranya, boleh berpeluh juga lah kaki saya ni kalau kerap berjalan kaki di sana. Mungkin sebab saya ni berbadan besar, hehe. Atau sememangnya cuaca di sana panas?
Di sana, kami mengikut pakej seramai 10 orang yang mana ke semua merupakan rakan2 dan saudara. Jadi, senang le kami nak “buat macam rumah sendiri” dalam bas pelancong tu. Sebenarnya, group kami ni nak attend satu kursus masakan di Surabaya. Kecuali saya lah sebab saya tak minat bab masakan, saya tau makan jer. So, lepas dari airport, kami semua bergeraklah ke sekolah masakan yang terletak di pinggiran kota Surabaya. Selesai je mendengar taklimat simple dari tenaga pengajar, kitorang pun bergerak ke hotel dan meletakkan beg masing2 di bilik. Korang nak tahu nama hotel tu? Hotel Ibis Rajawali namanya, ehemm..Ibis ok, bukannya Iblis, hehehehe. Hotel Ibis ni bagi saya sangat OK, saya letak rating sendiri iaitu 4.5 star. Hotel Ibis ni merupakan salah satu dari hotel atau associate hotel dengan Accor Group. Kalau nak booking hotel, korang boleh le book dari laman sini iaitu Accor Hotels. Accor Group ni boleh dipercayai dan korang tak perlu risau apa2 perkara yang bersangkutan dengan tempahan hotel. Saya cadangkan selepas korang dah duduk di Hotel Ibis atau hotel2 yang di bawah pengurusan Accor Group, cuba daftarkan keahlian dengan dorang. Bolehlah nanti dapat diskaun. Dorang ada sediakan sarapan percuma setiap pagi. Sarapannya sangat OK, sampai sekarang saya masih teringat2kan omelette nya yang sedap yang dibuat on the spot untuk para tetamu hotel.
Maklumat Hotel Ibis:
Jalan Rajawali No 9-11
60175 – SURABAYA
INDONESIA
Tel. : (+62)31/3539994
Fax. : (+62)31/3539995
Peta ke Hotel Ibis:
Koordinat GPS Hotel Ibis: -7.236392, 112.736976
Selepas check in di Hotel, kami keluar pusing2 kota Surabaya sambil melihat tempat2 bersejarah. So hari pun dah gelap, bas pelancong berhenti di sebuah restoran bernama Javana yang mana saya pun tak dapat pasti apa jenis hidangannya samada Sunda ke apa ke, yang pasti bukan masakan Padang. Apa yang tertera di pintu masuknya ialah “Ikan Bakar dan Seafood”.
Hmm, sebenarnya sambil menulis posting ni, saya benar2 tak ingat secara detail berkenaan lawatan ke Surabaya ni. Bukan apa, saya memang kurang gemar lawatan yang perlu mengikut trip atau pakej. Tapi apakan daya, ada orang sponsor, rezeki jangan ditolak dan saya pun tak boleh nak komplen lebih2, karang macam tak bersyukur pula. Nak menulis ni pun macam tak ada mood, maaf la tuan2 dan puan2. Saya cuba menulis sekadar yang termampu. Tapi saya nak pesan pada korang, saya ‘kurang’ mood bukan sebab percutian ke Surabaya ni hampeh, tapi sebenarnya sama hebat dengan melancong ke Bandung. Mungkin moody sebab saya sekarang tengah sakit tekak, sambil minum air asam jawa ni, tulisan pun ala2 berterabur sedikit, maaf ye.
Dalam pakej percutian ke Surabaya ni, selain kota tersebut, kitorang juga akan melawat sebuah daerah yang bernama Malang. Nama tempat tu memang Malang. Pelikkan? Kalau korang ada duit lepas tu nak invest beli rumah dekat Malang, saya gerenti korang takkan beli sebab namanya Malang, hehehehe. Alah, sekadar nama je. Malang ni merupakan sebuah daerah dalam kota Surabaya. Kalau korang ada kawan2 yang pernah belajar Medic di Indonesia, Malang merupakan tempat di mana terletaknya banyak universiti2 Medic yang terkenal. Tour guide yang kami naik ialah Monas Tour and Travel. Saya memang rekemenkan tour guide ni sebab dorang ni boleh tahan kelakar gak sewaktu dengan kitorang. Tour guide ni boleh dipercayai dan amat menjaga keselamatan pelancong.
Alamat tour guide:
Monas Tour & Travel
Jl. Dharmahusada Utara 6
(031) 596 5696
(031) 596 5096
Berkenaan pelancongan ke Surabaya ni, saya akan sambung di bahagian kedua yang akan saya penuhkan dengan banyak lagi informasi dan gambar, nantikan…!!
UPDATE 13 NOV 2016: Maaf, sambungan untuk bahagian kedua tidak akan saya teruskan kerana maklumatnya terlalu lama.
Leave a Reply