Kali ni saya nak bincang tentang peralatan yang sesuai sewaktu mengembara dan melancong baik di dalam dan di luar negara. Peralatan lebih pada barangan elektronik. Ini adalah peralatan elektronik atau gajet yang selalu saya guna dan harus ada bagi saya.
1.GPS (berasaskan yang tersedia bina dalam smartphone)
Ok, apps yang saya gunakan di atas, semua orang dah tahu iaitu Google Maps. Ada banyak lagi apps yang bagus contohnya Waze, Mapfactor dan Sygic. Melalui pengamatan saya, boleh disimpulkan bahawa:
- Google Maps – Keupayaannya “All rounder” walaupun tak sehebat Waze dalam pengurusan traffic, namun maklumat traffic di kawasan luar bandar atau jalan kampung tidaklah menjadi keutamaan. Waze hanyalah sesuai di bandar besar sahaja. Google Maps lebih matang dari kebanyakan apps pemetaan yang lain. Dan, peta jalanraya sentiasa update. Apps adalah percuma tapi menggunakan bandwidth. Google Maps tidak sesuai digunakan jika ke luar negara kerana menggunakan bandwidth yang memerlukan anda memasukkan Simkad. Download di sini.
- Waze – Seperti yang diterangkan di atas, ianya sesuai di bandar sahaja. Waze adalah syarikat milik Google. Jadi, dah boleh agak maps yang digunakan dalam Waze adalah sama sahaja dengan Google Maps. Apps adalah percuma tapi menggunakan bandwidth. Waze tidak sesuai digunakan jika ke luar negara kerana menggunakan bandwidth yang memerlukan anda memasukkan Simkad. Download di sini.
- Mapfactor – Sewaktu saya bergerak dari Batu Pahat balik ke KL menerusi Sri Gading dan Parit Yaani (shortcut), saya dapati tidak ada sebarang jalan menuju ke Parit Yaani, seolah-olah hilang! Inilah masalahnya bagi MapFactor, petanya lambat update. Namun, yang bagusnya, ia boleh digunakan sebagai ‘backup apps’ sebab MapFactor tak guna sebarang bandwidth. Manalah tahu, kalo ke luar bandar yang tak ada line telefon, MapFactor bolehlah jadi penyelamat sementara. Apps dan peta adalah percuma. Boleh rujuk gambar di bawah perbezaan peta yang dipaparkan di antara Google Maps, Waze dan MapFactor. MapFactor sesuai digunakan jika ke luar negara kerana tidak menggunakan bandwidth yang memerlukan anda memasukkan Simkad. Download di sini.
- Sygic – Antara apps yang menjadi pooojaaann hatiku. Sebabnya… Sygic seperti juga Google Maps, petanya sentiasa update. Ianya sama pula dengan MapFactor iaitu tidak menggunakan sebarang bandwidth. Apps adalah percuma.. tapiiiiiiiiiiii….. petanya berbayar. Tidaklah mahal sangat iaitu kurang dari RM100 untuk peta Malaysia dan Singapura. Update maps sampai kiamat adalah percuma. Sygic sangat sesuai digunakan jika ke luar negara kerana tidak menggunakan bandwidth yang memerlukan anda memasukkan Simkad. Ini adalah apps paling terbaik jika berada di luar negara! Download di sini.
2. GPS (rekod koordinat)
Apps di atas adalah “GPS Coordinates”. Bagi korang yang tak gemar atau malas nak guna Google Maps, Waze, MapFactor atau Sygic dan perlukan apps yang ekspress untuk rekodkan koordinat sesuatu tempat dengan lebih tepat, gunakan apps ini. Cara nak guna, aktifkan GPS dalam Settings, buka apps dan tunggu “Accuracy” kurang dari 6.00 meters (lebih rendah lebih bagus, tapi kebiasaaanya paling rendah adalah 4.00 meters). Kemudian pilih “Copy Decimal to Clipboard” dan paste dalam notepad atau apa-apa apps dalam smartphone korang. Saya menggunakan Evernote untuk simpan lokasi. Koordinatnya akan berbentuk begini “3.107966, 101.721353”. Balik ke rumah, buka Google Maps versi laptop ataupun Google Maps versi smartphone, copy dan paste sahaja angka-angka koordinat tu (termasuk comma ‘,’ sekali). Saya selalu gunakan apps ni bila nak point kan lokasi yang betul-betul strategik dan tepat. Sesuai lah bagi korang yang nak cari harta karun, hehehe. Apps adalah percuma dan download “GPS Coordinates” di sini.
3. Evernote Evernote adalah apps dalam kategori “Cloud application” sama seperti Dropbox dan Google Drive tapi lebih pada catitan nota atau dokumen. Bila korang catit apa-apa nota pada Evernote, ianya akan di synchronize melalui internet dan disimpan. Balik ke rumah, buka laptop dan akses www.evernote.com, anda boleh baca semula nota yang telah dicatitkan. Kalau tak mahu guna sistem cloud nya yang akses ke internet, boleh sahaja jadikan Evernote seperti apps notepad yang lain. Atau boleh saja guna apps notepad yang lain yang lebih simple jika sekadar mahu membuat catitan. Download di sini.
4. GPS (bukan berasaskan smartphone) Apa beza GPS di (1) di atas? Ok, ini adalah GPS yang REAL punya. Koordinat lebih tepat sehingga ketepatan (accuracy) 3 meter dengan berpandukan 24 satelit GPS serentak. Ianya sangat tepat sehingga mampu mengambil lokasi anda walaupun di bawah pokok. Oh ya, alat ini adalah “wishlist” saya di masa hadapan kerana faktor harganya yang membantutkan pembelian (lebih kurang RM1,600 tidak termasuk peta-peta tambahan). Alat GPS seperti ini tidak memerlukan sebarang Simkad atau bandwidth dan juga langganan bulanan. Sesuai bagi yang suka trekking, mencari harta karun, masuk hutan, berjalan di luar negara, memancing, geocaching (treasure hunt) dan sebagainya. Alat GPS yang dicadangkan adalah jenis Garmin GPSMAP 64st (model terkini 2014). Boleh lihat di sini.
5. Powerbank Korang semua mesti dah tahu apa benda ni kan? Alat untuk mengecas smartphone. Kalau korang tengok semua peralatan di atas dari (1) sampai (4), semuanya boleh digantikan “all in one” hanya dengan satu smartphone sahaja. Yang no (4) di atas tak perlu pakai pun tak mengapa. Disebabkan “all in one”, jadi korang memerlukan powerbank. Lupa nak bagitau, dalam melancong, kamera tersangatlah wajib. Itupun boleh disekalikan “all in one” guna smartphone yang tersedia bina camera di dalamnya. Dengan penggunaan “melampau” smartphone, powerbank adalah penyelamat. Untuk pengetahuan korang, powerbank juga boleh digunakan untuk mengecas beberapa jenis kamera digital versi baru menerusi USB charger.
6. Kamera Digital Ok, terpulang pada korang, rasanya tak perlu explain tentang ni sebab kamera ni adalah topik yang berbeza-beza pendapat mengikut pada citarasa pengguna. Ada yang terlebih rajin sanggup pikul kamera berat seperti Nikon SLR atau Canon EOS dengan berkilo-kilo berat lens nya. Ada pula yang sekadar pakai kamera digital muat dalam poket. Ada pula yang suka pakai kamera digital yang boleh zoom jauh. Di bawah adalah kriteria kamera digital yang menjadi minat saya yang dikira sesuai untuk travel:
- Tak kisah size sensor asalkan gambarnya cantik.
- Megapixel lebih dari 16MP.
- Mempunyai zoom sekurang-kurangnya 24X.
- Boleh dicaj menggunakan powerbank, iaitu soket USB (dah tentu boleh juga dicaj dalam kenderaan).
- Tak kisah jangkahayat bateri asalkan boleh dicaj guna powerbank.
- Resolusi video sekurang-kurangnya 720p.
- Jika menggunakan kad microSD tambahan, pastikan membeli jenis “Class 10”. Kalau tidak, video korang tersangkut-sangkut.
- Cari jenama Sony, Panasonic Lumix, Canon atau Nikon sahaja.
- Body kamera tak kisah jika mirip kamera Nikon SLR / Canon EOS asalkan ianya kecil sedikit dan ringan.
- Ada kelebihan WiFi (wajib sekiranya ingin upload ke smartphone, Instagram atau Facebook)
- Optional: GPS
Jika diberi pilihan, kamera digital yang menjadi “wishlist” saya adalah Sony Cybershot HX400V (model terbaru 2014). Lihat di sini.
7. Tab atau Ipad Ini terpulang, nak murah beli Samsung Galaxy Tab je. Kalau mewah, boleh beli Ipad. Tapi pastikan kedua-dua jenis Tab mahupun Ipad ni bersaiz 7-8″ sahaja. Jangan besar-besar, nanti penat nak pegang dan bawa di tangan. Sebenarnya Tab atau Ipad ni dikira “optional”, tak penting sangat tambah-tambah ada smartphone jenis spesifikasi tinggi dan skrin besar. Apa kegunaan Tab/Ipad ni? Baiklah saya terangkan bagaimana gerak kerja saya ketika melancong. Biasanya, sehari untuk melancong dalam negeri atau 5 hari sebelum melancong ke luar negara, saya akan buat kajian dan survey tempat-tempat menarik. Aih, mana boleh terlepas walau satu tempat, rugi wooo. Kadang-kadang ada tempat, maklumatnya kurang dan hanya bergantung pada nama dan gambar lokasi sahaja. Jadi, itulah kegunaan Tab/Ipad ni, saya akan save semua gambar dan juga save seluruh website/blog yang berkaitan tempat tersebut. Saya boleh buka website secara offline tanpa kemudahan internet yang tetiba lembab pula tambah-tambah time kita nak cepat. Nasihat saya, tempat-tempat menarik akan menjadi bertambah menarik jika korang tahu sejarahnya dan kisahnya. Gambar-gambar saja tidak mencukupi sebagai faktor penarik kerana apabila korang berada di sana, hanya mata menjadi saksi, bukan lagi gambar. Jadi, sewaktu melawat tempat menarik, gunakan Tab/Ipad untuk membaca maklumat sambil menyelusuri setiap sudut. Korang akan rasa perjalanan ‘lebih hidup’.
Ok, itu sahaja penerangan tentang tools yang terbaik untuk travel. Yang penting, pastikan semua tools ni tak membebankan korang bila bawa jalan-jalan. Kalau dah berat sangat, letih pula, mood pun spoil.
Leave a Reply